Tuesday, June 30, 2009

Makan @ Shah Tomyam Corner Kelana Jaya



Hari Jumaat lepas, FK ambik cuti half day. Teman kawan nak ambik keta baru. So pas sembahyang Jumaat, FK dan kawan FK pegi ler ke kedai keta kat Bandar Tasik Permaisuri. Lepas collect keta kitaorang terus pegi KLIA. Sajer jer FK nak try keta baru. Boleh tahan gak keta Proton BLM nie. Rasenyer dengan enjin IAFM 1.3 plus body keta pun takder lar berat sangat, memamg pickup lar keta nie. Interior pun simple jer. Oklar untuk first car. Tak mengecewakan.




On the way balik ke KL, dah dekat pukul 6. Perut pun dah lapo. So kitaorang pun pikir mane tempat nak pegi makan. Fast food or just gerai biasa. FK memang jarang nak pegi tempat mahal-mahal. Restoran pun jarang jejak. Rimas rase nak duduk dalam tempat yang ader 4 dinding nie. Pikir punyer pikir, at last FK halakan keta ke arah Kelana Jaya. Foodcourt nie terletak di sebelah Giant Kelana Jaya (yang beso),berdekatan Menara Kelana Parkview.


Landmark Menara Kelana Parkview

Gerai yang FK pegi namenyer Shah Tomyam Corner. Interior gerai nie biasa jer. Macam gerai-gerai makanan seafood yang ada di sekeliling kita. Tapi kat sini memang ader pelbagai jenis makanan. Western,Thai,Melayu,yang goreng, sup,tomyam,mee,nasi....rasenyer ader 85% ape yang biasa dijual kat gerai-gerai lain ada disini. Kiranyer 1 stop center la nie. Yang buatkan FK pegi sini sebab kawan FK nie nak makan mee bandung, so kat sini ader menjual mee bandung udang. So far,,,,,this is the best mee bandung in town (bagi FK lar).Lepas carik meja yang open air kitaorang order Mee Bandung Udang dan tengah FK pikir nak makan aper,FK ternampak banner Set Asam Pedas. FK bukan lar peminat asam pedas, even bila mak FK masak pun, jarang lar FK makan. Ntah tetiba hari tu nak terasa nak makan Asam Pedas. So FK order Set Asam Pedas Ikan Jenahak (main tibai jer). Masa tu tak ramai orang maybe hari bekerja kot. Ade lar 3-4 couple tengah makan. Sambil-sambil tu dorang bukak radio yang menyiarkan lagu-lagu lama, terutamanyer rock kapak. Dalam masa 20 minit makanan yang kami order sampai.


Keputusan:

Mee Bandung Udang : Not the best Mee Bandung in Malaysia. But ok lar dari tempat-tempat lain. Ader lar gak rase Mee Bandung Muar. 3 ekor udang yang beso dan fresh. Kuahnyer manis sikit. Tak pedas sangat. Kuantiti.......ok. Cukup ler untuk 2 orang (tank sederhana) makan.
Overall dalam 7/10. Harga RM6.50.




Keputusan :
Set Asam Pedas (Ikan Jenahak) : Dalam set nie dorang bagi Nasi Putih, Keropok, Telur Hancur, pastinyer ada asam pedas dan tak ketinggalan sambal belacan. Korang leh pilih nak ikan apa. Ada Pari, Kembung, Jenahak dan Bawal (kalau tak salah aku lar). Ada rasa asam (memang patut pun...nama pun asam pedas). FK dapat bahagian ekor ikan Jenahak, pas tu ader 3 batang bendi. Not bad, (better dari Asam Pedas Bonda). Even dianyer presentation just biasa-biasa jer. Memang berselera FK ngan kawan FK makan. Pulak tu ada plak sambal belacan. Memang lagi sedap. Sebab Asam Pedas tu pun kurang pedas. Maybe sebab takut orang tak makan pedas, tu yang tukang masak tu buat just mild jer pedasnyer. Ikan Jenahak, macam jugak ikan Merah kata kawan FK. FK tak kisah pun. Bedal jer lar. Tapi fresh.
Overall 8/10. Harga RM7.00 per set.


Pas makan FK order dessert. Lai Chi Kang sejuk. Kawan FK tak penah rasa Lai Chi Kang tu yang FK order. Memang lepas makan heavy, pekana Lai Chi Kang memang best sangat-sangat.

Keputusan

Lai Chi Kang : Just ordinary Lai Chi Kang. Nothing special tapi isik nyer memang banyak. Kacang, halwa dan lain-lain. (FK pun tak tau aper namenyer).

Overall 7/10. Harga RM3.00.

Dalam pukul 7.30 FK dan kawan FK beredar dari situ dengan perut yang kenyang dan suka hati. Rasenyer memang berbaloi makan kat sini. FK pernah order lagi banyak lauk dari kali nie, memang berbaloi dengan harga dan kuantiti jugak kualiti makanan kat Shah Tomyam Corner. Kalau korang nak carik tempat makan, try ler singgah sini. Sekian sajer untuk post pertama FK. Hope korang bagi lar komen yer. Thanks





Habih licin kitaorang kejekan....hehehe